Dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan topik Isipadu Cecair, guru perlu membantu pelajar memahami bahawa cecair tidak mempunyai bentuk tetapi boleh diukur isipadunya dengan menggunakan unit-unit bukan piawai atau unit-unit piawai.
Pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair boleh dijalankan dengan mengunakan bahan maujud (konkrit) supaya murid-murid dapat membuat perbandingan terhadap kapasiti.
Contoh : Alat pengukuran bukan piawai
Pengukuran piawai pula dengan menggunakan bikar, selinder penyukat, pipet atau lain-lain penyukat yang bersenggat. Alat penyukat ini mempunyai senggatan dengan menggunakan unit antarabangsa iaitu mililiter (ml) atau liter (l) .
Contoh Alat Menyukat Cecair
No comments:
Post a Comment