Tuesday, November 16, 2010

UTAMA


SELAMAT DATANG KE BLOG WAKAF ILMU




FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT 2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
SEMESTER SEPTEMBER 2010


NAMA: NIK NORMAWATI BINTI NIK MAT

NO. KAD PENGENALAN : 780213-11-5048

E-MAIL : nik.madi@yahoo.com


            SEMESTER SEPTEMBER 2010

Monday, November 15, 2010

PENDAHULUAN

Isipadu cecair merupakan salah satu topik di dalam mata pelajaran matematik bagi Tahun Dua. Di dalam topik ini murid-murid haruslah dapat menguasai semua kemahiran iaitu menggunakan tatabahasa yang berkaitan dengan isipadu cecair seperti kosong, setengah dan penuh. Murid-murid juga harus dapat membandingkan isipadu cecair di dalam bekas seperti penuh, setengah dan kosong. Selain daripada itu, murid-murid juga harus dapat menguasai kemahiran iaitu menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai dan unit piawai seperti liter dan milliliter.

Saturday, November 13, 2010

VIDEO 2

BAHAN BANTU BELAJAR


Dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan topik Isipadu Cecair, guru perlu membantu pelajar memahami bahawa cecair tidak mempunyai bentuk tetapi boleh diukur isipadunya dengan menggunakan unit-unit bukan piawai atau unit-unit piawai.

Pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair boleh dijalankan dengan mengunakan bahan maujud (konkrit) supaya murid-murid dapat membuat perbandingan terhadap kapasiti.
Contoh : Alat pengukuran bukan piawai

       


Pengukuran piawai pula dengan menggunakan bikar, selinder penyukat, pipet atau lain-lain penyukat yang  bersenggat. Alat penyukat ini mempunyai senggatan dengan menggunakan unit antarabangsa iaitu  mililiter (ml) atau liter (l)

Contoh Alat Menyukat Cecair
       



AKTIVITI P&P





Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair
( Murid Cerdas )


Kelas                           :           2 Arif

Tarikh                          :           11.10.2010

Tajuk                           :           Isipadu Cecair

Sub Topik                    :           Menyukat Isipadu cecair

Objektif:                      :          Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai mililiter ( ml ) dengan betul.
Bahan/Alat                :            Silinder penyukat, bikar, jug penyukat, pelbagai jenis bekas, dan cecair berwarna.

Peng. Sedia Ada        :           Murid telah mengetahui cara mengukur isipadu dengan menggunakan pelbagai bekas sebelum ini.

Perbendaharaan kata   :       Liter, mililiter, silinder penyukat, dan bikar.

Strategi Pengajaran     :      Inkuiri penemuan

Nilai Murni                 :     Menjaga kebersihan, berhati-hati, bekerjasama dan teliti.

Aktiviti :
                                
1.         Guru menunjukkan silinder penyukat dan jug penyukat di hadapan kelas. Guru dan murid berbincang tentang cirri-ciri dan kegunaan silinder penyukatdan jug  penyukat. Guru menerangkan perkaitan diantara liter dan mililiter.
1 liter = 1000 mililiter

2.         Seorang murid dipilh sebagai penunjuk cara menyukat cecair menggunakan bikar dan silinder penyukat.
3.         Guru menerangkan cara yang betul membaca ukuran cecair pada silinder dan jug penyukat.

4.         Murid melakukan aktiviti secara berpasangan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.

5.         Setiap kumpulan diberikan peralatan yang berbeza seperti, silinder dan bikar,baldi dan cecair berwarna ( guru perlu memastikan bekas yang digunakan mempunyai ukuran yang tepat kepada liter. Contohnya 1 liter atau 2  liter dan sebagainya)

6.         Guru meminta murid mengisikan bekas tersebut dengan cecair berwarna hingga penuh. Kemudian tuangkan cecair tersebut ke dalam silinder penyukat atau jug penyukat.

7.         Murid akan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan bikar dan silinder mengikut isipadu yang diminta oleh guru.
Contohnya:     a) 50 ml
                        b) 100 ml
                        c)  200 ml
8.         Murid akan membuat perbandingan tentang isipadu cecair yang telah disukat berdasarkan isipadu cecair dan  saiz bekas yang digunakan.
9.         Murid cuba menambah sukatan air kepada sukatan yang dikehendaki dan mengaitkan dengan operasi penambahan.
Contohnya : 120 ml menjadi 50ml apabila ditambah sebanyak 30 ml
120            + 30 ml = 150 ml
10.       Murid mengurangkan sukatan air yang terdapat di dalam silinder kepada isipadu yang dikehendaki dengan mengaitkan dengan operasi penolakan.
Contohnya : 200 ml air dikurangkan sebanyak 40 ml menjadi 160 ml

200            – 40 ml = 160 ml
11.       Minta murid membaca isipadu cecair bagi bekas tersebut dan catatkan bacaannya.





Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair
( Murid Lemah )


Kelas                           :           2 Bestari

Tarikh                          :           11.10.2010

Tajuk                           :           Isipadu Cecair

Sub Topik                    :           Pengenalan isipadu cecair

Objektif                       :           Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur                                                         dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit
                                               bukan piawai dengan betul.

Bahan                         :          Botol, mangkuk, jug, gelas, cawan, baldi, cecair berwarna,
(bekas untuk pengukuran sebaik-baiknya yang lutsinar supaya     murid dapat melihat dengan   jelas cecair di dalamnya ).

Peng. Sedia Ada          :        Murid telah mengetahui maksud penuh, kosong dan separuh
                                              dalam kehidupan seharian mereka.

Perbendaharaan kata    :        Penuh, kosong, separuh, lebih, kurang

Strategi Pengajaran     :         Inkuiri penemuan

Nilai Murni                  :        Menjaga kebersihan, berhati-hati

Aktiviti                     :

1.         Guru menunjukkan 3  bekas. Bekas yang pertama merupakan bekas yang kosong, bekas yang kedua, mempunyai cecair yang penuh dan bekas yang ketiga dimasukkan hanya separuh air.

2.         Murid diminta memerhati ketiga-tiga bekas itu dan menyebut isipadu cecair yang ditunjukkan guru.

3.         Guru akan membantu murid untuk melihat bacaan isipadu cecair dengan betul pada silinder penyukat dan bikar yang ditunjukkan.

4.         Murid diminta melihat perbezaan bekas yang digunakan, dan melihat isipadu air yang terdapat dalam setiap bekas.

5.         Murid dibimbing untuk melihat perbandingan isipadu cecair yang terdapat pada bekas yang sama.

6.         Guru meminta 2 orang murid menuangkan air tersebut ke dalam 2 biji gelas yang lain. Minta murid menyebutkan bekas  yang manakah yang mengandungi lebih air. ( murid mengatakan kedua-duanya sama banyak).

7.         Guru menerangkan bahawa kandungan isipadu cecair tidak boleh diukur berdasarkan ketinggian bekas.

8          Murid diminta mencuba menuangkan cecair mengikut perkataan yang ditunjukkan

Wednesday, November 10, 2010

RUJUKAN


1.      Murugiah S/O Velayutham.,& Kao Thuan Keat (2010). HBMT 2103 Teaching Mathematics in Year Two:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
2.      Kennedy, L.M., & Tipps, S. (2000). Guiding Children”s Learning of Mathematics Allyn & Wadsworth, US
3.      Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1981). Heath Mathematics. D. C. Heath and Company, US.
4.      Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah binti Haji Tengah(2003). Mathematics KBSR Year 2
5.      Modul HBMT 2103, Teaching Mathematics In Year Two,
Oum Semester September 2010