Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair
( Murid Cerdas )
Kelas : 2 Arif
Tarikh : 11.10.2010
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Topik : Menyukat Isipadu cecair
Objektif: : Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai mililiter ( ml ) dengan betul.
Bahan/Alat : Silinder penyukat, bikar, jug penyukat, pelbagai jenis bekas, dan cecair berwarna.
Peng. Sedia Ada : Murid telah mengetahui cara mengukur isipadu dengan menggunakan pelbagai bekas sebelum ini.
Perbendaharaan kata : Liter, mililiter, silinder penyukat, dan bikar.
Strategi Pengajaran : Inkuiri penemuan
Nilai Murni : Menjaga kebersihan, berhati-hati, bekerjasama dan teliti.
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan silinder penyukat dan jug penyukat di hadapan kelas. Guru dan murid berbincang tentang cirri-ciri dan kegunaan silinder penyukatdan jug penyukat. Guru menerangkan perkaitan diantara liter dan mililiter.
1 liter = 1000 mililiter
2. Seorang murid dipilh sebagai penunjuk cara menyukat cecair menggunakan bikar dan silinder penyukat.
3. Guru menerangkan cara yang betul membaca ukuran cecair pada silinder dan jug penyukat.
4. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
5. Setiap kumpulan diberikan peralatan yang berbeza seperti, silinder dan bikar,baldi dan cecair berwarna ( guru perlu memastikan bekas yang digunakan mempunyai ukuran yang tepat kepada liter. Contohnya 1 liter atau 2 liter dan sebagainya)
6. Guru meminta murid mengisikan bekas tersebut dengan cecair berwarna hingga penuh. Kemudian tuangkan cecair tersebut ke dalam silinder penyukat atau jug penyukat.
7. Murid akan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan bikar dan silinder mengikut isipadu yang diminta oleh guru.
Contohnya: a) 50 ml
b) 100 ml
c) 200 ml
8. Murid akan membuat perbandingan tentang isipadu cecair yang telah disukat berdasarkan isipadu cecair dan saiz bekas yang digunakan.
9. Murid cuba menambah sukatan air kepada sukatan yang dikehendaki dan mengaitkan dengan operasi penambahan.
Contohnya : 120 ml menjadi 50ml apabila ditambah sebanyak 30 ml
120 + 30 ml = 150 ml
10. Murid mengurangkan sukatan air yang terdapat di dalam silinder kepada isipadu yang dikehendaki dengan mengaitkan dengan operasi penolakan.
Contohnya : 200 ml air dikurangkan sebanyak 40 ml menjadi 160 ml
200 – 40 ml = 160 ml
11. Minta murid membaca isipadu cecair bagi bekas tersebut dan catatkan bacaannya.
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair
( Murid Lemah )
Kelas : 2 Bestari
Tarikh : 11.10.2010
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Topik : Pengenalan isipadu cecair
Objektif : Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit
bukan piawai dengan betul.
Bahan : Botol, mangkuk, jug, gelas, cawan, baldi, cecair berwarna,
(bekas untuk pengukuran sebaik-baiknya yang lutsinar supaya murid dapat melihat dengan jelas cecair di dalamnya ).
Peng. Sedia Ada : Murid telah mengetahui maksud penuh, kosong dan separuh
dalam kehidupan seharian mereka.
Perbendaharaan kata : Penuh, kosong, separuh, lebih, kurang
Strategi Pengajaran : Inkuiri penemuan
Nilai Murni : Menjaga kebersihan, berhati-hati
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan 3 bekas. Bekas yang pertama merupakan bekas yang kosong, bekas yang kedua, mempunyai cecair yang penuh dan bekas yang ketiga dimasukkan hanya separuh air.
2. Murid diminta memerhati ketiga-tiga bekas itu dan menyebut isipadu cecair yang ditunjukkan guru.
3. Guru akan membantu murid untuk melihat bacaan isipadu cecair dengan betul pada silinder penyukat dan bikar yang ditunjukkan.
4. Murid diminta melihat perbezaan bekas yang digunakan, dan melihat isipadu air yang terdapat dalam setiap bekas.
5. Murid dibimbing untuk melihat perbandingan isipadu cecair yang terdapat pada bekas yang sama.
6. Guru meminta 2 orang murid menuangkan air tersebut ke dalam 2 biji gelas yang lain. Minta murid menyebutkan bekas yang manakah yang mengandungi lebih air. ( murid mengatakan kedua-duanya sama banyak).
7. Guru menerangkan bahawa kandungan isipadu cecair tidak boleh diukur berdasarkan ketinggian bekas.
8 Murid diminta mencuba menuangkan cecair mengikut perkataan yang ditunjukkan