Showing posts with label PENDAHULUAN. Show all posts
Showing posts with label PENDAHULUAN. Show all posts

Monday, November 15, 2010

PENDAHULUAN

Isipadu cecair merupakan salah satu topik di dalam mata pelajaran matematik bagi Tahun Dua. Di dalam topik ini murid-murid haruslah dapat menguasai semua kemahiran iaitu menggunakan tatabahasa yang berkaitan dengan isipadu cecair seperti kosong, setengah dan penuh. Murid-murid juga harus dapat membandingkan isipadu cecair di dalam bekas seperti penuh, setengah dan kosong. Selain daripada itu, murid-murid juga harus dapat menguasai kemahiran iaitu menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai dan unit piawai seperti liter dan milliliter.